Jumlah Pengunjung

Monday 21 January 2013

bible melayu, sudah di edarkan di pulau pinang !!!



Semalam berlaku kisah pengedaran Bible bahasa Melayu telah diedarkan di sebuah sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong.


PAda waktu petang di hadapan Sekolah luar gate depan sekolah, seorang ibu menyaksikan sebuah kereta berlesen PGJ 9002 dimana 3 orang lelaki cina dan 1 orang perempuan cina telah mengedarkan bible bahasa Melayu pada pelajar-pelajar Melayu Islam secara rambang.



Bible tersebut mengandungi kalimah Allah dan ternyata sekali menunjukkan permintaan kaum Kristian selama ini bukanlah Bible itu untuk penggunaan penganut Kristian kaum Iban, Kadazan dll kaum Pribumi berugama Kristian di Sabah dan Sarawak.



Gereja-gereja ini telah membohongi kita kerana peristiwa ini boleh  mengesahkan sangkaan selama ini bahawa gereja Kristian memperjuangkan kalimah Allah untuk digunakan dalam Bible bahasa Melayu untuk tujuan dakwah mereka.



Kalimah Allah akan membuat anak-anak Islam dan Melayu anggap ianya buku ugama biasa. Bible seperti ini akan tulis diluar AL Kitab dan bukan Injil atau Bible.



INi hanya proses halus dan permulaan untuk tujuan lebih besar bagi memurtadkan anak-anak muda Melayu.



Gambar kereta itu di depan pagar sekolah dapat diambil (seperti di atas). Member dalam JPJ telah membantu kenalpasti tuanpunya kereta tersebut. .




Pihak-pihak NGO Islam di Pulau Pinang  dan lain-lain NGO harus bangun dan suarakan hal ini.


PAS perlu juga tunjukkan mereka serius dalam mempertahankan kalimah Allah untuk penggunaan orang Islam saja.

No comments:

Post a Comment

Member BSK