Jumlah Pengunjung

Sunday 6 January 2013

DAP KAFIRKAN PAS !!!


Bila kita pertikaikan PAS menerima pemimpin kafir DAP untuk jadi Perdana Menteri Malaysia, puak Pakatan Rakyat pula mempertikaikan kenapa MCA, MIC & Gerakan diterima bekerjasama dengan UMNO sedangkan mereka kafir. Pada pendapat gua, kerajaan UMNO tidak pernah pun menjanjikan bahawa pemimpin MCA & MIC boleh jadi PM sebabnya UMNO berpegang teguh kepada ajaran Islam yg tidak benarkan pemimpin bukan beragama Islam memegang jawatan tertinggi negara. Dalam mazhab Hanafi, orang kafir masih boleh memegang jawatan dalam kerajaan Islam dan boleh menjadi tentera selagi jawatan tertinggi dipegang oleh orang Islam.

Islam tidak benar lantik orang kafir sebagai ketua negara, ketua tentera dalam sesebuah kerajaan Islam (seperti perdana menteri mestilah beragama Islam). Ini kerana dibimbangi rahsia negara seperti kewangan dan pertahanan umat Islam akan diketahui mereka. Dalam ayat yang lain, dilarang menjadikan orang kafir sebagai penyimpan rahsia:-

Surah Ali-Imran [ayat 118] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai)

No comments:

Post a Comment

Member BSK