Jumlah Pengunjung

Wednesday 16 January 2013

DARI MAHKAMAH TINGGI KES HUBUNGAN SEKS ANWAR & SHAMSIDAR !!!



Berita Harian Khamis 31 Disember 1998 12 Ramadan 1419


KUALA LUMPUR, Rabu - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu,
 kesan tompokan air mani yang ada pada tilam yang dirampas polis
 di pangsapuri Tivoli Villas, adalah kepunyaan Datuk Seri Anwar Ibrahim
dan Shamsidar Taharin, isteri bekas setiausaha sulitnya, Mohd Azmin Ali.
 Ahli Kimia di Jabatan Kimia, Lim Kong Boon berkata beliau membuat
 kesimpulan itu berdasarkan kepada ujian DNA yang dibuat ke atas air mani
 dan contoh darah Anwar serta Shamsidar.


Menurutnya, air mani lelaki dan wanita yang didapati pada tilam itu
 adalah hasil daripada perhubungan seksual. (Setiap individu mempunyai
 profil DNA (Deoxyribonucleic acid yang berbeza kecuali pasangan kembar,
 DNA mereka mungkin hampir sama. Profil DNA setiap individu adalah
sama mengikut sumber biologi individu seperti rambut, darah atau air mani).


Katanya, daripada 13 tompokan kesan air mani pada tilam itu,
10 menyamai DNA Anwar dan beberapa tompokan daripada DNA
 tertuduh yang dirujuk sebagai Lelaki Satu bercampur dengan DNA
Shamsidar. Lim berkata, satu kesan tompokan itu menyamai DNA Anwar,
 Shamsidar dan seorang lelaki yang tidak dikenali, satu kesan tompokan
 mengandungi DNA tertuduh dan seorang wanita dan lelaki tidak dikenali.


Menjawab soalan Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Gani Patail,
siapakah yang beliau rujuk sebagai Lelaki Satu dalam ujian DNA itu,
 Lim menjawab: Berdasarkan kepada keputusan DNA saya,
 Lelaki Satu yang dirujuk itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Peguam bela Gurbachan Singh membantah jawapan saksi itu dengan
alasan Lim tidak tahu identiti contoh darah yang diserahkan oleh polis
kepadanya sebelum menjalankan analisis contoh darah yang dikenali sebagai A5095.


Bagaimanapun, Abdul Gani memberitahu mahkamah saksi pendakwa ke-20,
 Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Zahari Noor, mengesahkan
 contoh darah A5095 adalah diambil daripada Anwar.


Gurbachan berhujah pembela tidak pernah bersetuju dengan
 barangan kes itu


(A5095) adalah contoh darah Anwar.


Hakim Mahkamah Tinggi Datuk S Augustine Paul berkata, tidak ada isu yang
 perlu ditimbulkan dalam perkara itu dan meminta meneruskan soalan ke
 atas saksi berkenaan.


Kepada soalan Abdul Gani, Lim berkata Wanita Kedua yang dirujuk dalam
 hasil analisis DNA adalah Shamsidar.


Ditanya oleh mahkamah bagaimana beliau tahu contoh darah yang dianalisis itu
diambil daripada Shamsidar, Lim berkata: Asisten Superintendan
 Mohd Rodwan Yusoff yang beritahu saya.


Keluarga Anwar dan orang ramai yang mendengar jawapan itu terus
 bertepuk tangan dan ketawa, menyebabkan hakim membuat teguran.


Paul: Kenapa awak semua ketawa dan bertepuk tangan. Ini bukan
panggung wayang.


Lim berkata, beliau membuat perbandingan hasil DNA darah dan air mani
Anwar serta Shamsidar, hasilnya kedua-dua DNA mempunyai persamaan.


Selain itu, katanya, ujian DNA mendapati kesan air mani yang ada pada
 tilam itu juga kepunyaan seorang lelaki dan dua wanita yang tidak dikenali.


Kepada soalan Abdul Gani, Lim memberitahu mahkamah beliau
menggunakan kaedah "Polymerose Chain Reaction" (PCR)
yang diamalkan secara meluas dan diakui di peringkat antarabangsa
 bagi membuat analisis ke atas kesan yang diperolehinya daripada potongan
 tilam yang ditanda sebagai E1 hingga E13.


Lim: Penemuan saya berdasarkan kepada semua profil DNA
 yang dinyatakan seperti berikut.


* Profil DNA yang diperolehi daripada sumber lelaki pada tompok
 air mani E1 hingga E7; E11, 12 dan 13 adalah sepadan. Ini menunjukkan
DNA itu dikenal pasti daripada sumber yang sama. Saya menamakan
sumber ini Lelaki Satu. Saya ingin menambah, profil DNA ini sepadan
 dengan profil DNA yang dikembangkan daripada contoh darah A5095.
 Ini menunjukkan sumber itu adalah berpunca daripada contoh darah
itu dan ia adalah sumber lelaki pada E1-E7, E11, 12 dan 13.


Kemungkinan profil DNA seorang lelaki Melayu Malaysia yang dipilih
 secara rambang, mempunyai profil yang sepadan dengan profil DNA yang
 diperolehi daripada tompokan air mani berkenaan, adalah satu dalam
50 bilion dan satu dalam lapan bilion.


* Saya ada membuat perbandingan profil DNA sumber wanita yang
 diperolehi daripada tompokan E1, E11, E5, E13 dan E2 dengan
profil DNA daripada contoh darah Shamsidar, keputusannya adalah
seperti berikut. Profil DNA daripada sumber wanita diperolehi daripada
 tompokan E5 dan E13 sepadan. Ini menunjukkan DNA itu berpunca
 daripada sumber sama. Saya namakan sumber ini Wanita Kedua.


Profil DNA ini sepadan dengan profil DNA contoh darah Shamsidar.
 Ini menunjukkan sumber itu berpunca daripada contoh darah
Shamsidar adalah sumber wanita yang diperolehi daripada
 tompokan air mani pada E5 dan E13.


Kemungkinan profil DNA seorang wanita Melayu Malaysia yang dipilih
 secara rambang mempunyai profil DNA yang sepadan dengan DNA
 wanita yang diperolehi daripada tompokan air mani itu adalah satu dalam 31 juta.


* Profil DNA daripada sumber wanita yang diperolehi daripada tompokan
 air mani E1 dan E11 sepadan, menunjukkan DNA yang dikenal pasti
adalah berpunca daripada sumber yang sama.
Saya namakan Wanita Pertama.


* Profil DNA sumber wanita yang diperolehi daripada tompokan air
mani E2 tidak sepadan dengan yang dikembangkan daripada tompokan
air mani E1,E11,E5,13. Ini menunjukkan DNA yang dikenal pasti adalah
 daripada sumber lain. Saya namakan Wanita Ketiga.


Abdul Gani: Apakah kesimpulan kamu berhubung
 tompokan air mani pada E10?


Lim: Profil DNA daripada sumber lelaki yang diperolehi daripada
 tompokan air mani E10 tidak sepadan dengan DNA yang dikembangkan
 daripada E1 hingga E7; E11,E12 dan E13. Ini menunjukkan bahawa
DNA yang dikenal pasti daripada sumber lain. Saya namakan
 Lelaki Kedua.


Abdul Gani: Tompok air mani E8?


Lim: Berhubung profil DNA yang dikembangkan daripada E8 adalah
 sejajar dengan Lelaki Satu dan Dua serta Wanita Dua adalah
sumber kepada DNA.


Abdul Gani: Tompok air mani E9?


Lim: Profil DNA yang dikembangkan daripada E9 adalah sejajar dengan
 Lelaki Satu dan Dua serta Wanita Kedua adalah sumber kepada DNA.


Kepada soalan Abdul Gani, Lim yang mempunyai pengalaman dalam ujian
 DNA memberitahu mahkamah keterangannya berhubung analisis
 ujian DNA sebelum ini diterima oleh Mahkamah Sesyen
serta Mahkamah Tinggi.


Paul bertanya: Adakah kemungkinan keterangan kamu tidak diterima?


Lim: Saya tentunya diberitahu.


Sebelum itu, Lim memberitahu mahkamah bahawa beliau membuat analisis
 ke atas 13 tompokan air mani pada tilam itu.


Katanya, hasil analisis itu pada tompokan E1 adalah sumber
air mani lelaki dan wanita; E2 (lelaki dan wanita); E3 (lelaki); E4 (lelaki);
 E5 (lelaki dan wanita); E6 (lelaki); E7 (lelaki); E8 (lebih dua sumber);
 E9 (lebih dua sumber); E10 (lelaki); E11 (lelaki dan wanita);
 E12 (lelaki) dan E13 (lelaki dan wanita).


Menjawab soalan Abdul Gani, Lim berkata sumber lelaki pada
 E1 hingga 13, profil DNA adalah dikembangkan
 daripada sel sperma.


Abdul Gani: Dalam E1, adakah sumber lelaki dan wanita itu daripada
profil DNA yang diperolehi tompokan itu?


Lim: Sumber lelaki dan wanita yang ditunjukkan DNA adalah datang
daripada tompokan yang sama, E1.


Kepada soalan Abdul Gani, Lim berkata sumber lelaki dan wanita pada
 E2 adalah daripada tompokan yang sama.


"Sumber lelaki dan wanita pada E5 adalah daripada tompokan yang sama,
 lebih dua sumber pada E8 dan E9 adalah daripada tompokan yang sama,
 manakala sumber lelaki dan wanita pada E11 dan E13
 adalah tompokan yang sama," katanya.


Lim berkata, sel sperma yang diperolehi daripada tompokan itu
adalah berkaitan dengan kes seksual atau perhubungan seksual.



No comments:

Post a Comment

Member BSK