Jumlah Pengunjung

Friday 11 January 2013

GAMBAR SEKITAR PERASMIAN KOMPLEKS PEJABAT BARU BELIA & SUKAN PULAU PINANG !!!


PULAU PINANG — Hari ini bangunan baru Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang akan dirasmikan oleh  Menteri Belia dan Sukan, YB Dato Sri Ahmad Shabery Cheek pada jam 9.00 pagi bertempat di  Kompleks Belia dan Sukan, Batu Uban, Gelugor.
Pelbagai acara sampingan akan dijalankan bermula jam 7.30 pagi hingga 6.00 petang antaranya ialah memanah, autoshow, pertandingan karaoke, wall climbing, fun games, senamrobik mesra dan bersama ikon sukan, Hafiz Moto GP dan Nabil F3 dan pelbagai lagi acara yang lain.
Turut berlangsung pameran dari agensi-agensi kerajaan dan swasta malah para belia Pulau Pinang juga berpeluang untuk mendaftarkan diri sebagai sukarelawan belia.
Berikut adalah jadual bagi acara-acara sampingan :-1.
7.45 pagi – 8.45 pagi – Senamrobik mesra2.
8.30 pagi – 4.30 petang – Pameran Interaktif Agensi-Agensi seperti PDRM, UKK, Bhgn. Pembangunan Sukan, SPA (Sekretariat Pengurusan Acara), APBM Batu Gajah, IKBN BM, IPPBM, SKMM, Jazz Event, Corners, JBSNPP, Akademi Golf, Wazi Boys3.
8.30 pagi – 4.30 petang – Acara sampingan seperti Auto/ Audio Show (show off), Big Bikes, Paintball (shooting target), Fun Games Booth, Remote Control Show (helicopter), Memanah, Mendaki Tembok Tiruan, Pendaftaran Sukarelawan, Pendaftaran Parlimen Belia Malaysia, Bersama Ikon Sukan (Hafiz Syahrin dan Nabil), Pertandingan Fotografi, Segmen UniformSemua belia dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.




















No comments:

Post a Comment

Member BSK