Jumlah Pengunjung

Wednesday 16 January 2013

HADI AWANG RELA LACURKAN NAMA ALLAH !!!


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dicabar menarik semula persetujuan beliau bersama para pemimpin tertinggi DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebelum ini memutuskan kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama dengan syarat tidak disalahgunakan.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, jika Abdul Hadi enggan berbuat demikian, tindakan itu merupakan satu penghinaan terhadap Majlis Syura Ulama Pas.
Kegagalan Presiden Pas itu untuk menarik semula persetujuan tersebut juga, katanya, merupakan penghinaan terhadap kepimpinan ulama dan membuktikan slogan 'kepimpinan ulama' yang dilaungkan parti tersebut sekadar retorik politik.
"Cuma yang peliknya mengapa Majlis Syura berbincang dan membuat keputusan selepas persetujuan sudahpun dibuat oleh kepimpinan eksekutif Pas bersama DAP dan PKR berhubung penggunaan kalimah Allah.



No comments:

Post a Comment

Member BSK