Jumlah Pengunjung

Monday 14 January 2013

HADI & NIK AZIZ LUDAH PENDIRIAN AHLI PAS !!!


SHAH ALAM 12 Jan. - Pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyokong penganut agama lain menggunakan kalimah Allah, jelas menunjukkan mereka tidak menghormati pendirian rakan dan ahli parti itu.
Bekas Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, Norman Toha (gambar) berkata, tindakan Abdul Hadi dan Nik Aziz menjustifikasi penggunaan kalimah Allah di dalam Bible berbahasa Melayu dengan menampilkan pelbagai hujah jelas menggambarkan sokongan tidak berbelah bagi terhadap rakan pimpinan dalam pakatan rakyat.
"Isu pokok yang mencetuskan perdebatan hari ini berpunca daripada perutusan Krismas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tahun lalu yang memohon Kerajaan Pusat membenarkan kalimah Allah digunakan dalam kitab Bible berbahasa Melayu.
"Namun hari ini, pihak yang beria-ia menyokong permintaan tersebut adalah pemimpin tertinggi dalam Pas yang mengemukakan pelbagai hujah supaya kalimah Allah dibenar penggunaannya dalam bible berbahasa Melayu, sedangkan ulama dan pemimpin lain dalam Pas berpandangan sebaliknya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan pemimpin Pas yang bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam semua isu termasuk melibatkan kalimah Allah walaupun Dewan Ulama mempunyai pandangan yang berbeza.
Norman berkata, sepatutnya Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz menghormati pandangan ulama Pas dan bukannya menyokong permintaan Guan Eng dan menyokong Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam isu penggunaan kalimah tersebut.
"Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Haron Din kekal dengan pendirian bahawa kalimah Allah hanya khusus bagi agama Islam, oleh itu agama-agama lain tidak berhak menggunakan kalimah suci itu.
"Sepatutnya Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz menghormati pandangan kedua-dua pihak yang merupakan pemimpin parti yang merupakan rakan mereka sendiri dan bukannya terlalu komited menyokong pemimpin luar parti hingga pandangan berharga rakan sendiri diketepikan," ujarnya.




No comments:

Post a Comment

Member BSK