Jumlah Pengunjung

Saturday 12 January 2013

HARON DIN DAN NIK AZIZ BERGADUH !!!



Nik Abdul Aziz Nik Mat (kiri) dan Dr. Haron Din

KUALA LUMPUR 10 Jan. - Pendirian tegas golongan ulama dalam Pas iaitu hanya orang Islam sahaja berhak menggunakan kalimah Allah jelas bercanggah dengan keputusan terbaru kepimpinan parti itu.
Ketika Pas bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP membenarkan kalimah Allah digunakan oleh penganut agama lain selepas mesyuarat tertinggi kepimpinan tiga parti itu kelmarin, golongan ulama di dalam Pas atas dasar ilmu yang dimiliki telah menunjukkan pendirian jitu mereka dalam isu tersebut.
Malah pendirian mereka ini begitu konsisten sejak dahulu lagi, walaupun terdapat beberapa pemimpin di dalam Pas, termasuk Presidennya, Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Mohamad Sabu secara terang-terangan membenarkan penganut agama lain menggunakan kalimah Allah.
Seharusnya pendirian tegas oleh golongan ulama di dalam Pas itu menyedarkan kepimpinan Pas, terutama Abdul Hadi bahawa keputusan mereka bersama-sama dengan pakatan pembangkang membenarkan penggunaan nama Allah orang bukan Islam satu keputusan yang amat silap dan merugikan.
Datuk Harun Taib yang merupakan Ketua Dewan Ulama Pas ketika diajukan persoalan ini berkata, pihaknya kekal dengan pendirian bahawa kalimah Allah hanya khusus bagi agama Islam sahaja, oleh itu agama-agama lain tidak berhak menggunakan kalimah suci itu.
Harun pada 28 Disember lalu pernah mengulas isu sama dan beliau telah menegaskan penggunaan kalimah Allah hanya khusus untuk Islam dan seluruh umatnya sahaja.
Harun berkata, agama lain termasuk Kristian tidak berhak sama sekali untuk menggunakan kalimah suci itu apatah lagi untuk diguna pakai di dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.
Harun turut menjelaskan, dalam agama Kristian menyebut Tuhan bagi seluruh penganutnya adalah Nabi Isa dan bukannya Allah.
Kata-kata beliau senada dengan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang merupakan salah seorang pemimpin berlatarbelakangkan ulama di dalam Pas.
Sebaik sahaja isu kalimah Allah itu kembali tercetus apabila Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggesa kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible versi bahasa Melayu dalam perutusan Hari Krismas, Tuan Ibrahim segera mengeluarkan kenyataan bagi membantah gesaan tersebut.
Dalam kenyataannya itu Tuan Ibrahim menegaskan, Pas berpendirian Bible versi bahasa Melayu harus menggunakan istilah God dalam merujuk kepada tuhan dan bukannya Allah untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal kitab itu.
Tuan Ibrahim berkata, memandangkan Bible versi bahasa Melayu adalah terjemahan teks asal bahasa Inggeris, sewajarnya istilah God tidak diterjemah sebagai Allah kerana terjemahan tepatnya ialah tuhan.
Terbaru, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din hari ini menegaskan ahli-ahli dan penyokong-penyokong Pas wajib menyokong pandangan ulama iaitu kalimah Allah hanya untuk orang Islam sahaja.
Haron Din juga merupakan salah seorang ulama dalam Pas yang begitu konsisten dalam isu tersebut sejak 2010 apabila beliau menegaskan kalimah Allah hanya ekslusif untuk orang Islam sahaja.
Pandangan yang sama turut disuarakan oleh pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus apabila beliau menyatakan umat Islam di negara ini perlu menghalang sebarang cubaan orang bukan Islam untuk menggunakan kalimah Allah demi menjaga kesucian agama Islam.
Ismail yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pas Gombak Setia berkata, dalam konteks negara ini penggunaan kalimah Allah dalam kalangan orang bukan Islam tidak sepatutnya dibenarkan kerana tidak sesuai dengan keadaan dan situasi.
Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, permintaan Guan Eng supaya kalimah Allah boleh digunakan dalam Bible versi Melayu dilihat sebagai satu usaha untuk mempopularkan fahaman pluralisme.
Nasharudin menegaskan, melalui cara tersebut pihak berkenaan sebenarnya cuba menganjurkan kesamarataan dalam agama walaupun jelas hanya Islam agama di sisi Allah SWT.




No comments:

Post a Comment

Member BSK