Jumlah Pengunjung

Tuesday 15 January 2013

HASAN ALI CABAR GUAN ENG, KIT SIANG DAN ANWAR TERIMA KEPUTUSAN MAJLIS SYURA PAS !!!



SYABAS dan tahniah kepada Majlis Syura yang telah membuat keputusan dengan tegas mengenai kalimah ALLAH tanpa tunduk kepada staitan yang mula menjelma menjadi manusia.

Majlis Syura memutuskan orang bukan Islam sama sekali tidak boleh menggunakan kalimah ALLAH dalam apa bentuk pun kerana kalimah tersebut adalah khusus untuk agama Islam dan orang Islam sahaja.

Ia tidak boleh diterjemah ke dalam apa bahasa sekalipun. Sebarang usaha untuk melakukan sesuatu yang berlainan dengan keputusan itu hendaklah dicegah.

Keputusan Majlis Syura tersebut menggambarkan bahawa Majlis Syura Pas masih berkuasa dalam menentukan dasar parti tidak dicemari.

Majlis ini bertindak sebagai badan pengawal untuk menentukan bahawa hala tuju parti itu sentiasa menepati asas-asas perjuangan asalnya.

Umum mengetahui masih terdapat banyak lagi isu yang tidak ditangani khususnya yang berkaitan dengan kedudukan Melayu-Islam seperti yang sering dibangkit dan dipersoalkan oleh DAP dan PKR.

Ketegasan Majlis Syura sekali gus menyanggah dan membidas (Setiausaha Agung) Lim Guan Eng, (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan golongan parasit dalam Pas seperti Khalid Samad, Dzulkifli Ahmad dan banyak lagi.

Sekali lagi dalam isu kalimah ALLAH golongan parasit bertindak sebagai juru mengiakan permintaan dan desakan DAP.

Golongan parasit juga menjadikan Pas lunak dan tunduk kepada DAP dan PKR termasuk dalam isu-isu besar dan sensitif yang kedudukannya masih di awang-awang.

Sebenarnya banyak lagi perkara pokok yang masih tergantung dan belum dapat diselesaikan hingga menjadi beban yang tidak mampu lagi ditanggung oleh Pas.

Antaranya termasuklah isu negara Islam dan hudud, penguatkuasaan Enakmen Jenayah Syariah, keengganan DAP menerima peraturan-peraturan untuk menjamin keluhuran akhlak khususnya di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, isu pluralisme, liberalisme, LGBT dan sebagainya.

Saya ingin mencabar Anwar Ibrahim dan DAP atas dasar semangat setiakawan Pakatan yang mereka agung-agungkan supaya membuat kenyataan rasmi menerima keputusan Majlis Syura itu.

Kenyataan sedemikian boleh menghilangkan sebarang keraguan mengenai penerimaan PKR dan DAP terhadap Pas untuk meneruskan perjuangan Pakatan Rakyat seterusnya.

Apa pun, sekali lagi sekalung penghargaan patut diberi kepada Majlis Syura yang telah berupaya melenyapkan berbagai tanggapan mengenai kemampuan Pas menangani isu-isu sensitif seperti Kalimah ALLAH. Nun di hadapan masih banyak yang perlu dirungkaikan akibat daripada DAP dan PKR yang tidak henti-henti membolak balik isu-isu besar yang gariskan di atas.


No comments:

Post a Comment

Member BSK