Jumlah Pengunjung

Tuesday 8 January 2013

JIRAN NAMPAK NIK AZIZ BELA PELESIT !!!


Gempar!!

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan tidak wujud parasit di dalam parti itu seperti yang didakwa bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali sebelum ini.

Beliau berkata, PAS dianggotai bukan sahaja di kalangan orang kampung tetapi juga golongan intelektual oleh yang demikian tidak wujud perkara yang merosakkan parti itu.

“Saya tak nak komen pasal parasit. Saya tak nak nafikan…benda yang memang tak ada dari awal lagi. Kalau nafi bermakna benda itu ada dan sekarang baru tak ada. Ini tak ada dari awal lagi benda yang merosakkan PAS.

“Parasit ini benda apa? Parasit ini benda apa, kerana parasit ini benda baru yang keluar dalam pemikiran saya. Parasit saya tidak tahu kalau pelesit saya tahu.

“Sekiranya wujud parasit di dalam PAS, takkanlah penyokong PAS terdiri daripada golongan intelektual. Datuk Presiden orang universiti, Pesuruhjaya PAS Johor orang universiti,” katanya kepada media ketika ditemui selepas sidang media bersama selebriti sempena Hari Hiburan Islam di JKR 10.

Hadir sama pada sidang media itu, pelakon Ketika Cinta Bertasbih, Oki Setiasa Dewi dan selebriti dakwah, Kapten Hafiz Firdaus Abdullah.

Beliau berkata, di Kelantan sendiri banyak pensyarah-pensyarah universiti yang menyokong PAS.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut mempersoalkan tindakan Dr Hasan yang membawa isu itu selepas dipecat dari PAS.

“Macamana kita boleh kata parasit…sedangkan kalau parasit ada di dalam PAS sudah pasti ia bukan benda baru. Zaman dia pun sudah ada la parasitnya.

“Kenapa dia senyap? Takkanlah bila dia keluar baru ada parasit. Takkan la ahli PAS tak reti parasit dan dia seorang sahaja yang tahu parasit. Kenapa jadi pelik begini,” jelasnya.

Beliau berkata, Dr Hasan sudah dipecat daripada PAS oleh yang demikian apa sahaja yang diuar-uarkan tidak langsung memebrikan kesan kepada parti.

“Dr Hasan sudah dipecat dari PAS maka saya tak perlu khuatir dia dah jadi orang lain. Dia nak kata apa dia punya fasal. Dia nak burukkan (Pas) itu dia punya fasal.

“Kalau UMNO burukkan Pas, kalau dia nak burukan PAS… apa yang pelik sebab dia bukan orang PAS. Sesiapa sahaja yang nak kata PAS ada parasit itu semua dia punya fasal,” katanya.

Dr Hasan sebelum ini mendakwa wujud golokan parasit di dalam PAS yang menguasai parti itu sehingga memikirkan golongan ulama.

No comments:

Post a Comment

Member BSK