Jumlah Pengunjung

Saturday 5 January 2013

KISAH MESYUARAT SEMASA ANWAR IBRAHIM DI PECAT !!!


"Saya tidak bersedia untuk membincangkan tindakan yang bakal diambil.selepas semua orang bercakap,saya pun meminta Anwar membalas pandangan yang disuarakan oleh ahli majlis.beliau enggan dan kemudian berdiri lalu terus meninggalkan mesyuarat.saya bertanya kepada ahli majlis apakah langkah yang harus diambil seterusnya.saya mengingatkan mereka bahawa ada dua cadangan yang boleh dipertimbangkan,iaitu menyingkir anwar sebagai timbalan presiden atau dipecat daripada parti.sebahagian besar bersetuju beliau dipecat terus dan ini bermakna anwar juga secara automatik berhenti daripada menjadi timbalan presiden parti.
Mesyuarat berakhir hampir tengah malam,tetapi saya terus berjaga untuk menandatangani beberapa dokumen manakala ahli yang lain beredar pulang.saya diberitahu yang penyokong anwar sedang berhimpun ditingkat bawah,tetapi polis akan memastikan tiada keganasan berlaku.
Apabila saya turun,saya mendapati kira kira 60 pengikut beliau dalam keadaan marah.mereka melempar botol plastik kearah saya sebelum sempat saya masuk kedalam kereta.mereka menjerit marah serta melemparkan kata kata seperti zalim dan diktator.jelaslah anwar telah membawa bersama samanya sekumpulan penyokong setia beliau dan bercakap kepada mereka selepas mesyuarat itu.Bagaimanapun,dengan dilindungi oleh pengawal peribadi saya dan anggota polis,saya tahu mereka tidak boleh mencederakan saya.lagipun keadaan adalah terkawal.
Selama ini,dimana sahaja saya pergi,saya berhadapan dengan orang ramai yang bersikap sopan santun kepada saya.Namun,pengalaman malam itu berbeza sama sekali.saya terkejut melihat penyokong anwar disitu.orang lain juga pernah dipecat sebelum beliau,termasuk Harun idris,Aziz ishak dan saya sendiri,tetapi tidaklah sampai bertindak begitu.Daripada pengalaman saya jelaslah bahawa tindakan suka memperbesar besarkan sesuatu perkara secara melampau adalah sikap sebenar Anwar"-DOKTOR UMUM,memoir tun dr mahathir mohamad (bab 53 mukasurat 819)

No comments:

Post a Comment

Member BSK