Jumlah Pengunjung

Monday 7 January 2013

MAJLIS SYURA PAS DAH BERKUBUR !!!


Tidak dapat kita nafikan bahawa polimek isu kalimah Allah yang dibangkitkan oleh Si Guan Eng baru - baru ini memberi kesan yang mendalam dikalangan Pakatan Pembangkang.

Terutama sekali dikalangan puak - puak Parti Angguk Saja dimana ada dikalangan pemimpin mereka sendiri yang membantah desakan Si Guan Eng tu.

Yang paling awal sekali membantah ialah Ketua Dewan Ulama PAS dan juga Ketua Penerangan PAS Pusat yang menyifatkan tuntutan tersebut tidak wajar.

Kata mereka, kalimah Allah itu tidak wajar diguna pakai didalam Alkitab yang berbahasa Melayu. Perkataan 'God' dalam Bible perlu diterjemahkan sebagai Tuhan, bukan Allah.

Perkara itu sudah cukup jelas dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Namun, keputusan PAS Jumaat lalu benar - benar merobek jiwa umat Islam di Malaysia secara keseluruhannya.

Dalam mesyuarat Lajnah Politik PAS yang bersidang jumaat lalu turut membincangkan soal isu tersebut dan keputusannya amat memeranjatkan semua orang.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS itu katanya telah mengambil ketetapan bahawa kalimah Allah itu bukan hak mutlak umat Islam.

Sebaliknya, kata Mat Syabun, kalimah itu boleh jugak diguna-pakai oleh orang lain dari kalangan yang Bukan Islam seperti mana yang dijelaskan sebelum ini.

Kenyataan Si Mat Syabun tu jelas hanya bersifat Politik semata - mata demi untuk meraih sokongan dari kalangan puak - puak DAPigs.

Bagaimana pun, kenyataan Mat Syabun itu dipersoalkan oleh beberapa orang pengikut PAS yang juga turut terkejut dengan perkembangan tersebut.

Kata mereka, isu kalimah Allah itu tidak wajar dibincangkan didalam Lajnah Politik kerana ianya bukan isu Politik, tetapi isu kesucian agama Islam itu sendiri.

Kenapa isu itu tidak dibawa berbincang dalam Majlis Syura? Adakah ianya hanya sekadar isu Politik semata - mata sedangkan yang dibincangkan bukan isu kecil?

Usah la kerana gila mahu berkuasa, perkara seumpama ini pun PAS nak anggap ianya sebagai satu isu kecil dan boleh diringan - ringankan sesuka hati mereka.

Tidakkah mereka sedar bahawa keputusan yang dibuat oleh Lajnah Politik PAS itu bakal membawa lebih banyak masalah dimasa akan datang?

Isunya sekarang ni bukan pasal Politik. Tetapi pasal kesucian Islam dan kaedah untuk memartabatkan Islam itu sendiri. Ini perjuangan PAS, untuk memartabatkan Islam.

Jika PAS mudah lentur dengan desakkan yang dibuat oleh puak - puak DAPigs, lebih baik diorang gugurkan saja nama pejuang Islam tu sebab tak memberi apa - apa kesan. 

Itu kata penyokong - penyokong PAS yang menentang cadangan DAPigs mengenai isu kalimah Allah ni. Ada betul jugak cakap diorang. Kalau setakat tau nak becakap je baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!

No comments:

Post a Comment

Member BSK