Jumlah Pengunjung

Thursday 17 January 2013

MAT SABU PON TERPAKSA " U TURN " !!!


KOTA BHARU 15 Jan. - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu (gambar
yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam
 akhirnya mengubah pendiriannya dengan bersetuju keputusan Majlis Syura
 Ulama Pas bahawa kalimah itu adalah khusus untuk agama Islam.
Mohamad berkata, beliau senada dengan keputusan Majlis Ulama Pas iaitu 
kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana 
tidak menepati kehendak sebenar kalimah tersebut.
Katanya, walaupun dalam Majlis Ulama Pas ada menyebut orang bukan Islam
 bebas mengunakan nama Allah tetapi terjemahan harus berhati-hati sebab
 Allah adalah tersendiri.
"Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura. Soal pengunaan Allah dalam
 Bible selepas ini terserah kepada kerajaan sebab mereka yang memerintah,
 kita hanya mampu memberi pandangan," katanya.
Namun ketika ditanya kenapa sebelum ini beliau menyokong orang bukan
 Islam menggunakan kalimah Allah, beliau berkata, itu hanya pandangan 
peribadi beliau.
Beliau yang cuba mengalihkan perhatian dengan bertanya wartawan mengenai
 isu lain berkata demikian semasa ditemui selepas merasmikan Markas Pilihan 
Raya Muslimat Pas Parlimen Kota Bharu di sini malam tadi.
Mohamad sebelum ini bersetuju orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka 
dibenarkan menggunakan kalimah Allah walaupun perkataan itu merupakan hak
 eksklusif bagi orang Islam.
Keputusan itu selari dengan ketetapan yang dibuat oleh majlis pimpinan pakatan
 pembangkang yang disertai Pas, DAP dan PKR yang memutuskan kalimah 
Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama dengan syarat tidak disalahgunakan.
Ketetapan pakatan pembangkang itu bagaimanapun ditolak pelbagai pihak 
termasuk Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris dan mufti-mufti negeri.
Semalam Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga membuat 'pusingan U' 
dalam isu kalimah Allah selepas Majlis Syura Ulama yang dipengerusikannya 
membuat keputusan tidak membenarkan orang bukan Islam menggunakan
 kalimah suci itu.
Sementara itu, Pas dilihat terus mengambil kesempatan pada setiap majlis
 atau ceramah yang diadakan mereka dengan menjual buku Amanat Haji Hadi.
Pada majlis semalam, petugas Pas dikerah menjual buku berkenaan kepada 
orang ramai yang datang dengan harga RM5.




No comments:

Post a Comment

Member BSK