Jumlah Pengunjung

Thursday 31 January 2013

MY BEAUTIFUL DAY MALAYSIA DI KAMPUNG CEMPAKA SARI IPOH !!!



Bertempat di kampong cempaka sari ipoh Perak, akan berlansungnya salah satu program yang di anjurkan oleh 1Malaysia For Youth (iM4U). Kampung cempaka sari telah dijadikan salah satu tuan rumah atas persetujuan perbincangan 12 ketua kampong. Antara ketua2 kampung yang terlibat adalah dari –
(1)    Kampung BUNTONG
(2)    Kampung SRI AMAN
(3)    Kampung LAHAT
(4)    Kampung PENGKALAN GATE
(5)    Kampung PENGKALAN TIN
(6)    Kampung PENGKALAN PEGOH
(7)    Kampung CHANGKAT LARANG
(8)    Kampung CEMPAKA SARI
(9)    Kampung SRI KINTA
(10)Kampung PASIR PUTEH
(11)Kampung TEBING TINGGI
(12)Kampung KUALA PARI


Menurut maklumat yang aku perolehi dari Tok Sidang Arshad (ketua kampong cempaka sari )  Program ini akan di rasmikan oleh Senator Dato Azian Haji Osman, selaku ketua bahagian UMNO Ipoh Timor. Antara tetamu kenamaan lain yang akan hadir nanti adalah
1.       Dato Thong Fah Chong ( Pengerusi BARISAN NASIONAL parlimen Ipoh timor)
2.       Dato Ridzuan Kassim ( Timbalan Ketua Bahagian UMNO Ipoh Timor )
3.       Saudara Khairul Anwar (Ketua Pemuda Bahagian Ipoh Timor )
Jemputan melibatkan 12 ketua kampung dari kawasan Lahat, 9 Buah sekolah TABIKA KEMAS, 70 murid dari sekolah menengah Kampung Pasir Puteh, 80 murid dari sekolah menengah jalan pasir puteh.
Antara atucara sepanjang majlis:
7.00 pagi – Senam seni
8.30 pagi – Gotong Royong beramai-ramai  / Gotong Royong memasak
10.00 pagi – Pertandingan
(1) Sepak Raga Ratus
(2) Bowling Buah Kelapa
(3) Anyam Ketupat
(4) Congkak
(5) Mewarna ( untuk 200 kanak-kanak sekolah TABIKA KEMAS )
12.00 – Makan Tengahari

Dijangka seramai 1200 orang yang akan hadir untuk bersama dalam majlis ini. Tok Sidang Arshad dari kampong Cempaka Sari menjemput seluruh rakyat Malaysia yang berdekatan untuk hadir meramaikan lagi majlis ini nanti.
Tahniah aku ucapkan kepada Tok Sidang Arshad kerana bertungkus lumus membuat persiapan untuk program ini. 






No comments:

Post a Comment

Member BSK