Jumlah Pengunjung

Monday 14 January 2013

PAHALA MENINGGALKAN PAS !!!


Dipulau kerana tinggalkan Amanat Haji Hadi

PASIR PUTEH 12 Jan. - Usahkan menikmati juadah nasi gulai daging, pandang sahaja sudah jijik apa lagi untuk menghidu aroma masakan gulai dari rumah jiran berdekatan yang menyokong UMNO pada suatu masa dahulu.
Petani dari Kampung Gaal di sini, Nik Hussin Man, 68,  perkara itu merupakan antara contoh ketaksubannya yang berpegang kuat dengan Amanat Haji Hadi sepanjang aktif sebagai ahli jawatankuasa Pas di kampung berkenaan pada suatu ketika dahulu.
Ketika itu katanya, mana-mana jiran yang menyokong UMNO dianggapnya sebagai golongan yang menentang Islam, sekali gus dicap sebagai kafir serta tidak boleh dijadikan sahabat.
"Bukan setakat jiran yang menjadi mangsa penangan Amanat Haji Hadi, bapa mentua saya sendiri yang menyokong UMNO pun saya tidak hormati. Termasuk adik-beradik saya yang tidak sefahaman dengan saya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Pengakuan Nik Hussin itu adalah rentetan daripada pendedahan yang dibuat oleh bekas aktivis tegar Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N Al-Afghani bahawa puluhan ribu penyokong Pas masih berpegang dengan Amanat Haji Hadi.
Nik Hussin mendakwa, orang UMNO yang dianggap kafir juga dipulau oleh keseluruhan penghuni pondok pengajian agama di Gaal termasuk tidak hadir untuk sembahyang jenazah, majlis tahlil atau majlis kenduri.
"Dulu saya anggap orang UMNO kafir dan sekarang giliran saya pula dikafirkan oleh penyokong tegar Pas selepas nekad meninggalkan pegangan Amanat Haji Hadi serta menyesali ketaksuban saya bersekongkol dengan parti yang memecah belahkan umat Islam," katanya.
Menurutnya, UMNO dikafirkan kerana parti itu menjalin kerjasama politik dengan parti MCA dan MIC, namun tiada pula hukum kafir apabila Pas sendiri bekerjasama malah tunduk kepada tuntutan DAP termasuk isu-isu yang melibatkan kepentingan agama Islam.
Ini termasuk tindakan terbaharu pucuk pimpinan Pas yang pernah mengkafir dan memurtadkan UMNO merelakan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.
"Betapa sempitnya pemikiran mereka ini yang hanya mementingkan kedudukan politik sehingga sanggup mempertaruhkan isu agama untuk diperlekehkan oleh pihak lain termasuk DAP yang mempunyai agenda tersendiri.
"Saya menyeru semua penyokong tegar Pas yang seangkatan dengan saya supaya tidak lagi bersama dengan pemimpin yang jumud," rayu Nik Hussin.

No comments:

Post a Comment

Member BSK