Jumlah Pengunjung

Saturday 12 January 2013

POLIS AKAN DIMAKI HAMUN PAGI INI !!!


KUALA LUMPUR 11 Jan. - DUA anggota polis membawa anjing pengesan untuk membuat pemeriksaan di sekitar Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka di ibu negara sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi himpunan Shamsidar anjuran pakatan pembangkang di ibu negara esok.
KUALA LUMPUR 11 Jan. - JALAN-JALAN utama menuju Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai persiapan pihak berkuasa menghadapi rancangan perhimpunan haram pakatan pembangkang di dataran itu esok. - UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR
KUALA LUMPUR 11 Jan. - JALAN Raja yang menuju ke Dataran Merdeka ditutup kepada lalu lintas oleh pihak berkuasa bermula hari ini, bagi menghalang himpunan Shamsidar anjuran pakatan pembangkang esok. - UTUSAN/AZLAN HADI ABU BAKAR
KUALA LUMPUR 11 Jan. - SEORANG anggota pasukan trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengawal lalu lintas di laluan yang ditutup di ibu negara hari ini.

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Polis menempatkan jumlah anggota dan pegawai yang mencukupi bagi mengawal keselamatan sepanjang berlangsung Himpunan Shamsidar yang dirancang di ibu negara hari ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya menempatkan seramai mungkin anggota di 40 pusat tugasan yang telah dikenal pasti di sepanjang jalan yang akan dilalui peserta dari 12 lokasi berkumpul.
“Selain itu, kita turut menempatkan Unit Anjing Pengesan (K9) di beberapa lokasi berpotensi bagi menghalang sebarang kejadian yang tidak diingini lebih-lebih lagi di kawasan Dataran Merdeka," katanya.
Beliau menasihati pengguna jalan raya agar mengelak dari memasuki jalan-jalan utama di ibu kota antara pukul 12 tengah hari sehingga pukul 5 petang.




No comments:

Post a Comment

Member BSK