Jumlah Pengunjung

Thursday 17 January 2013

PUB AWIE DI IPOH !!!


Sebelum ni nama Awie kembali jadi bualan kerana ada dakwaan
dia bukak satu Pub di Ipoh yang dikatakan menghidangkan arak
 kepada pengunjung..

Ramai yang tunggu penjelasan dari Awie pasal isu ni sebab ramai yang
 nak tahu betul ke dakwaan tersebut..

Hari ni dalam satu temuramah dengan Kosmo.., Awie mengaku
 bahawa beliau memang membuka sebuah Pub dan ia telah 3 bulan
 beroperasi di Ipoh..

Pasal dakwaan hidang arak tu.., tak pulak Awie jelaskan.. Cuma penyanyi
 Rock tersohor tu menafikan tentang penjualan dadah, senjata api,
 pelacuran serta gangster..

Gua cuba bersangka baik disini ye.. Mungkin betul Awie difitnah dan
 mungkin juga sebaliknya.. Bagi gua, selagi gua tak nampak bukti depan mata,
 kira tak sahih lagi la semua dakwaan tu..

Apapun.., korang baca temuramah antara Awie dan Kosmo dibawah ni..
 Semoga Otai Rock ni terus sukses dalam bidang hiburan.. Hidup Awie!!!


------------------------------------

Selain kerana vokal kental dan tubuh maskulinnya yang menghambat
           pandangan, vokalis Wings dengan nama komersial Awie ini sering
           dikaitkan dengan cerita gaduh.

Mungkin kerana sosoknya yang sebegitu, wajahnya yang kadangkala
 tampak garang, maka Awie terusan dilontarkan dengan persepsi kaki gaduh
 atau gangster. Hilang seketika perwatakan yang disenangi, lucu berlawak
 dan mesra dengan peminat dan semua pihak tatkala cerita kelahinya sampai
 di pendengaran umum.

Baru-baru ini timbul lagi cerita kononnya Awie bergaduh dan bertumbuk
 lagi di Pulau Langkawi, Kedah. Berita ini bukan kali pertama kerana cerita
 yang sama sudah sampai di pengetahuan umum pada bulan November tahun lalu.
Awie dengan tegas menafikan berita ini. Di samping isteri tercintanya
 Rozana yang menemani ketika temuramah, sang isteri juga menyatakan dia tahu
 selok-belok dan jadual Awie. Tampak kesal dengan berita angin ini,
 Awie menjelaskan suasana yang berlaku dalam dirinya kini.

Baru-baru ini dapat berita yang Awie bergaduh lagi di Langkawi.
 Sejauh mana kebenaran cerita ini?

AWIE: Saya sekarang ni tak keluar kecuali mengadakan persembahan
 di Kelantan dan Ipoh. Pulau Langkawi sudah lama saya tidak jejak kerana
 tiada kesempatan. Malah anggota Wings yang lain ada mengajak saya ke sana
 tetapi saya tolak kerana sibuk.

Tapi bagaimana cerita sebegini boleh tersebar?

Saya kurang pasti kenapa orang masih nak kaitkan saya dengan cerita ini.
 Baru-baru ini di Ipoh, orang kata saya jual dadah, senjata api dan terlibat dengan
 pelacuran serta gangster.

Bagaimana cerita tersebut juga timbul?

Saya memang membuka sebuah kelab di Ipoh. Ini bidang saya iaitu hiburan
 dan kami ada live band di kelab tersebut. Kelab dengan nama Malai Rock Station
 (MRS) ini sudah tiga bulan dibuka. Sejak itu orang mula menfitnah dan menipu saya.
 Persepi manusia memang begitu dari zaman 80an, kalau rock sahaja mesti jual dadah.

Jadi apa tindakan Awie?

Saya buat tidak tahu. Malah ada orang kata saya kini dalam pemerhatian.
 Pada saya, ini rezeki dan kerja saya. Hak manusialah mahu bercakap dan saya
 tidak boleh hentikan. Saya bersyukur orang masih mengingati saya dengan cara baik
 dan buruk. Maksudnya saya masih hero.

Walaupun banyak difitnah dan ditipu, nampaknya rezeki Awie sekarang makin
 murah dengan pengacaraan program Tunggu Sekejap dan juri untuk
Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM 2012).

Syukur tetapi mesti ada orang cakap saya tamak. Kenapa saya jadi pengacara?
 Kerana saya mahu membuat eksplorasi dalam bidang lain. Isteri saya juga memberi
dorongan buat saya. Untuk jadi pengacara, kita perlu ada ilmu.

Bagaimana pula dengan pengalaman mengacarakan MLM 2012?

Dahulu, Boboi ajak saya sertai mereka tapi saya tolak sebab sibuk dengan
 penggambaran. Saya juga ditawarkan jadi juri tapi saya tolak kerana pementasan
Teater Lat The Musical. Kini tawaran datang lagi dan saya terima. Jujurnya.
 saya tidak suka untuk komen sebab takut orang terasa. Jadi saya bagi komen
yang selamat dan dapat membina semangat.

Daripada kacamata Awie, bagaimana mutu MLM 2012?

Secara peribadi, mutu agak kurang. Asyik-asyik nama tiga kumpulan
 yang sama berada di tangga atas. Tapi mungkin kerana awal lagi.

Bagaimana pula dengan lakonan?

Saya akan mula dengan penggambaran Zombie Kilang Biskut.
 Ada beberapa filem saya yang belum ditayangkan seperti Husin,
 Moon dan Jin Toncit, Frankenstein, Bikers Kental dan Rentaz. InsyaAllah,
bulan Februari nanti saya akan membuat penggambaran filem Gangster
 Superstar arahan Khabir Bhatia. - Kosmo


No comments:

Post a Comment

Member BSK