Jumlah Pengunjung

Tuesday 22 January 2013

USTAZAH PAS ni kuat cemburu rupenyer...!!!



Hek eleh! Buruk jugak la perangai Si Ostazah Pening tu ek. Ingatkan dia dok mengutuk orang selama hari ini, dia tu baik sangat la gayanya.

Tapi tidak. Dia pun sama je dengan pemimpin lain dalam Pakatan Pembangkang tu. Buruk jugak perangai dia. Setakat cakap je pandai, baik tak payah!!! Suruh dia cermin diri dia dulu, baru la cerita pasal orang lain!!!
SELEPAS bertunang September tahun lalu, pasangan personaliti, Suhaiza Suhaimi atau Memey dan Norman Hakim tidak henti-henti berdepan pelbagai ujian dan dugaan.

Awal Januari lalu, bekas isteri Norman, Abby Abadi dikatakan menulis menerusi laman sosial, facebook mengenai salah faham dengan Norman membabitkan urusan anak mereka ke sekolah. 

Abby juga mempertikaikan kehadiran Memey yang menjawab panggilan ketika Abby menghubungi Norman menerusi talian telefon bimbit pada waktu pagi minggu pertama persekolahan.

Begitupun, Norman mahupun Memey tidak mahu memanjangkan isu berkenaan kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan salah faham pihak tertentu. Pasangan ini juga cukup profesional apabila diminta mengulas mengenai kejadian itu.

Dalam hal ini, SS bukan hendak menyebelahi mana-mana pihak. Begitupun, SS kagum sikap pasangan ini kerana berterus terang dan menjawab segala pertanyaan yang diajukan kepada mereka. 

Malah sikap profesional pasangan ini dalam karier seni turut diakui beberapa produser yang sentiasa menaruh kepercayaan kepada mereka.

SS pasti dengan pelbagai dugaan yang menimpa pasangan ini, mungkin ramai yang tertanya-tanya bila agaknya pasangan ini akan melangsungkan perkahwinan. 

Daripada pertemuan rakan SS dengan pasangan ini, sememangnya mereka sudah bersedia sebelum mengambil keputusan untuk bertunang lagi. Pasangan ini juga sudah mengikuti kursus perkahwinan.

Baru-baru ini, SS dapat tahu pasangan ini bercuti di Bandung? Betul ke? Risik punya risik pasangan itu akhirnya mengaku berkunjung ke destinasi percutian popular itu.

Difahamkan, Memey dan Norman yang ditemani saudara-mara masing-masing bukan hanya bercuti, malah mengambil kesempatan memilih kain dan kad jemputan untuk majlis perkahwinan mereka yang dijangka berlangsung penghujung tahun ini.

Tahniah sekali lagi SS ucapkan kepada pasangan ini. Semoga apa yang dirancang akan menjadi kenyataan.





No comments:

Post a Comment

Member BSK